WALAUPUN rombongan Singapura boleh dihitung dengan jari, skuad silat negara yang kini berada di Leeuwarden, Belanda, bagi Kejohanan Pencak Silat Undangan Tiga Negara 2015 yang bermula hari ini bukan calang-calang.
Ketiga-tiga wakil Singapura itu - dua putera dan seorang puteri - tiba di kota Belanda itu dengan reputasi tinggi; seorang juara dunia, seorang naib juara dunia dan seorang juara Sukan SEA.