Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiket bagi saksikan LionsXII sudah mula dijual

Jan 16, 2014 | 09:41 AM



TIKET-TIKET bagi menyaksikan kesemua perlawanan LionsXII bagi musim baru Liga Super Malaysia (MSL) di padang sendiri sudah pun mula dijual sejak 3 petang tadi.


Tiket berharga $13 untuk kededua perlawanan LionsXII menentang KL RDB Hicom FC (Piala FA) pada 21 Januari dan Selangor pada 25 Januari.  Anggota  Kesatuan NTUC, HomeTeamNS  dan SAFRA serta pelanggan Starhub layak menikmati harga konsesi $11.70.


Harga tiket konsesi untuk pelajar (bawah 16 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas) ialah $4.00


Tiket semusim pula hanya ditawarkan bagi 10 perlawanan mulai 8 Februari apabila pasukan pimpinan Fandi Ahmad itu mula 'berpindah' ke Stadium Jalan Besar yang padangnya kini menjalani peningkatan.


Harga tiket semusim seperti berikut:


Grandstand: $128 ($115.20 selepas diskaun bagi pelanggan StarHub, HomeTeamNS dan Safra)


Galeri: $78 ($72.20 selepas diskaun)


King George Stand: $78 ($72.20 selepas diskaun).


Dua perlawanan pertama LionsXII bagaimanapun akan diadakan di Stadium Bishan - pertama lawan KL DRB Hicom FC yang merupakan perlawanan Piala FA pada Selasa depan dan kedua menentang Selangor pada 25 Januari.


Penyokong die-hard LionsXII boleh mendapatkan tiket pada harga istimewa jika mendapatkan tawaran bundle bagi menyaksikan kededua perlawanan itu. Harga tiket 'dua dalam satu' itu ialah $24 ($21.60 selepas diskaun).


Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga mengumumkan bahawa pemegang tiket semusim LionsXII berpeluang masuk percuma bagi kesemua perlawanan padang sendiri pasukan Courts Young Lions (CYL) yang beraksi dalam Liga-S.


Selain itu anggota  Kesatuan NTUC, HomeTeamNS dan Safra turut tidak dikenakan bayaran bagi setiap perlawanan di padang sendiri CYL.


Kesemua tiket-tiket itu boleh didapatkan di laman TicketBooth atau mesin AXS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >