Tiket F1 Singapura laris

LEBIH 80 peratus tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Syarikat Penerbangan Singapura telah dijual, kurang 20 hari sebelum perlumbaan berlangsung, dengan tiket habis dijual dalam tujuh kategori.

Tiket-tiket yang habis dijual itu adalah untuk tempat duduk di kawasan Connaught Grandstand, Esplanade Waterfront Grandstand, Pakej Kombinasi A,B & E, 3-Day Zone 4 Walkabout dan Zone 4 Walkabout (Jumaat), kata pihak penganjur.

Orang ramai yang berminat untuk membeli tiket boleh mendapatkan tiket-tiket dari kategori umum, seperti di Sunday Pit Grandstand, Bay Grandstand dan 3-Day Premier Walkabout.

Selain itu, tiket untuk menonton dari kawasan Pit Grandstand, Turn 1 Grandstand, Turn 2 Grandstand, Turn 3 Premier Grandstand, Stamford Grandstand dan Pakej Kombinasi G juga masih ditawarkan.

Grand Prix Singapura dijadual berlangsung dari 19-21 September di litar Marina Bay.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.