TIKET untuk menyaksikan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura mula dijual dari 9 pagi pada 12 Mac nanti.
Tiket-tiket bagi perlumbaan yang berlangsung dari 19-21 September itu akan dijual melalui dua fasa - dari 12 Mac-30 April dan fasa selanjutnya dari 1 Mei, dengan penjimatan sehingga 25 peratus untuk tiket yang dibeli dalam fasa awal.
Peminat yang ingin menyaksikan ketiga-tiga peringkat perlumbaan sepanjang hujung minggu itu boleh memilih antara tujuh pakej kombinasi, dengan harga $498-$88 (fasa awal) atau pakej grandstand berharga antara$268 -$1,088 (fasa awal; $298-$1,288 fasa lanjut).
Pakej walkabout atau tanpa tempat duduk juga ditawarkan, dengan tiket dijual dari harga $68 (sehari) hingga $498 (tiga hari), termasuk tiket untuk Zon 4 yang akan dijual untuk pertama kali di fasa awal.
Warga Singapura dan penduduk setempat boleh membeli sehingga empat tiket sehari (peringkat latihan) dengan harga $38 dari cawangan tiket Sistic.
NORMAN SAWI