HARGA tiket bagi menyaksikan perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki yang berada dalam lingkungan dimampui peminat setempat diharap akan mengembalikan 'Sorakan Kallang' yang lama menghilang.
Itulah harapan yang dilahirkan oleh presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Zainudin Nordin, dalam satu kenyataan bagi mengumumkan harga tiket kejohanan yang bakal berlangsung di sini mulai 23 November ini.