Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiket Piala AFF Suzuki mula dijual esok

Nov 03, 2014 | 05:23 PM



TIKET-tiket bagi menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Singapura dalam pertandingan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Negara dari 23 hingga 29 November akan dijual mulai esok.


Tiket-tiket yang terbahagi kepada empat kategori itu berharga antara $18 dengan $48 dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian satu tiket dan diskaun 10 peratus bagi pembelian awal sehingga sebelum 20 November.


Tiket konsesi berharga $8 juga disediakan bagi pelajar berusia bawah 16 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.


Dengan diskaun yang ditawarkan, penyokong pasukan nasional berpeluang membeli tiket bagi tempat duduk utama Kategori 1 pada harga $36.70 dan $13.80 bagi tempat duduk Kategori 4 semasa tempoh tawaran pembelian awal itu.


Terdapat juga diskaun tambahan bagi pemegang Kad PAssion, NTUC Union and anggota HomeTeamNS serta pakej bagi pembelian secara berkumpulan dan keluarga.


Tiket boleh dibeli menerusi saluran pembelian Sports Hub Tix biasa secara:


- dalam talian dengan melungsuri www.sportshubtix.sg


- telefon 6333-5000 atau 3158-7888 dari 10 - 8 malam dari Isnin hingga Sabtu dan 12 hingga 8 malam pada Ahad dan cuti umum


- Box Office di Stadium Tertutup Singapura dari 10 - 8 malam Isnin hingga Sabtu dan 12 - 8 malam Ahad dan cuti umum


- SingPost.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >