Tinggalkan kerana keluarga

Bekas pemain Woodlands Muhammad Shahril dalam proses tukar kerjaya sebab fikirkan masa depan isteri dan dua anak

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas mendengar rayuan pemain dan campur tangan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Badan Garis Panduan Tiga Pihak Mengenai Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) telah pun membatalkan rancangan memperkenal kuota pemain berusia 30 tahun dan ke atas dalam pertandingan Liga-S musim ini. Namun, bagi sesetengah pemain yang terjejas, keputusan itu, bagi mereka, sudah agak terlewat. Difahamkan bahawa ramai pemain gagal mendapatkan kontrak baru kerana kelab-kelab sudah pun mempunyai kuota pemain yang cukup. Namun, ada juga yang mendapat kontrak. Berita Harian menyajikan pendirian dua pemain yang membuat keputusan berbeza mengenai masa depan mereka sebagai pemain bola sepak profesional.

SERIK. Sudahlah jumlah kelab yang bertanding dalam Liga-S berkurang, peluang mendapatkan kontrak baru pula kian terhad, gaji yang ditawar amat kecil.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.