KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan bertemu dengan exco tertinggi dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara peribadi dan tertutup bagi membincangkan isu sedia ada berkaitan dengan masalah skuad kebangsaan.
Malah, pertemuan yang akan diadakan sama ada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru itu juga bertujuan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang membelenggu bola sepak negara itu, menurut laporan Berita Harian Malaysia OnLine.