MIAMI: Pengurus baru, lembaran baru bagi Manchester United apabila kelab pimpinan Louis van Gaal itu menamatkan lawatan pramusim di Amerika Syarikat dengan menjulang Piala Juara Antarabangsa selepas kemenangan 3-1 ke atas seterunya dalam Liga Perdana England (EPL), Liverpool, di sini semalam.
Walaupun ia sekadar pertandingan persahabatan pramusim, kemenangan itu tentunya tonik perangsang bagi kelab Old Trafford itu menempuhi persaingan EPL musim baru yang bermula minggu depan di bawah pimpinan pengurus baru asal Belanda itu selepas mengharungi musim lalu yang mengecewakan di bawah David Moyes.