KEPUTUSANNYA mungkin bukan gambaran sebenar tetapi jika skuad bola sepak Singapura mengharapkan suntikan perangsang daripada lawatan latihan di Jepun dan Kemboja, ia mungkin sesuatu yang sukar dicapai.
Pasukan Singa pimpinan jurulatih V. Sundramoorthy menamatkan lawatan latihan itu bukan dengan keputusan yang diharap-harapkan, sebaliknya terpaksa menanggung kekalahan memalukan 1-2 kepada Kemboja di Phnom Penh, lewat kelmarin.