Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Asia

Tuan rumah Qatar mara ke pusingan kalah mati

Jan 18, 2024 | 05:03 PM



AL KHOR (Qatar): Pasukan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar, pada 17 Januari, menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Asia, tetapi China perlu bertarung untuk menyertai mereka selepas dua keputusan seri 0-0 yang berturut-turut.


Qatar dimalukan apabila tewas ketiga-tiga perlawanannya dalam Piala Dunia anjuran mereka pada 2022 –persembahan paling teruk oleh pasukan tuan rumah dalam sejarah pertandingan itu.

Negara Teluk itu kemudian memecat Carlos Queiroz pada awal Disember dan menggantikan bekas jurulatih Real Madrid itu dengan Tintin Marquez pada saat akhir.

Setakat ini, pertukaran itu berkesan apabila Qatar meneruskan langkah kemenangan, selepas menundukkan Lebanon 3-0 dalam perlawanan pembukaan, dengan menjinakkan muka baru dalam Piala Asia, Tajikistan, 1-0.

Bermain di depan 55,000 penyokong di Stadium Al Bayt yang menyerupai khemah, penyerang berbisa, Akram Afif, yang menjaringkan dua gol ketika menentang Lebanon, sekali lagi mempamerkan ketajamannya.

Beliau meluru untuk menyambut umpanan Almoez Ali pada minit ke-17 sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov.

“Almoez salah seorang kawan baik saya, dan kami amat memahami satu sama lain,” kata Afif mengenai hubungannya dengan Ali, yang menjaringkan sembilan gol ketika Qatar memenangi kejuaraan buat kali pertama pada 2019.

“Kami sudah lama bermain bersama, jadi kami memahami apa yang masing-masing akan lakukan dengan hanya memandang pada satu sama lain. Kami berharap dapat mempamerkan yang terbaik pada masa depan.”

Kemenangan Qatar meletakkan mereka sebagai juara Kumpulan A berbaki satu perlawanan, tetapi siapa yang akan mara bersama mereka masih menjadi rebutan.

Pada pusingan terakhir kumpulan itu pada 22 Januari, Qatar akan menentang China, manakala Tajikistan berdepan Lebanon.

Walaupun mencatat keputusan hambar 0-0 dalam dua perlawanannya, China berada di kedudukan baik untuk mara bersama Qatar.

China mempunyai dua mata, dengan Tajikistan dan Lebanon masing-masing satu mata.

Hanya dua pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >