SEBAGAI bekas naib kapten skuad polo air Singapura, Yip Renkai sedar pentingnya memupuk semangat berpasukan serta saluran komunikasi yang jelas bagi mencapai matlamat bersama.
Itulah juga ciri-ciri yang akan diterapkan di kalangan keluarga besar atletik setempat apabila Yip (gambar atas) , 34 tahun, memulakan tugas barunya sebagai pengurus besar (GM) Singapore Athletics (SA) bulan depan.