Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tugas mencabar Liverpool tanpa Coutinho

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Aksi Liga Perdana kembali hujung minggu selepas memberi laluan kepada perlawanan-perlawanan Piala FA dan Piala Liga England dengan segala perhatian tertumpu pada pertembungan dua gergasi - Liverpool dengan pasukan pendahulu Manchester City.



Arsenal turut terdesak kembali ke landasan kemenangan jika mahu terus bersaing bagi mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.



Berikut adalah lima 'bahan perbualan' penyokong menjelang aksi hujung minggu ini.



LIVERPOOL MULA ERA TANPA COUTINHO



Daripada 'Fab Four' (empat pemain handalan) kini tinggal 'Fab Three' - selepas Philippe Coutinho menyahut lamaran penuh lumayan Barcelona.



Kombinasi pemain bergelar 'Fab Four' itu yang termasuk Coutinho, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino sebelum ini berjaya memporak-perandakan pertahanan pasukan lawan dengan The Reds menyumbatkan 50 gol dalam liga sejauh ini - jumlah yang hanya di bawah gol yang dijaringkan City.



Pengurus Juergen Klopp turut memperkasakan benteng pasukan dengan menjadikan bekas pemain Southampton, Virgil Van Dijk, sebagai pemain pertahanan termahal dunia menyusuli pemindahannya ke Anfield baru-baru ini.



Persoalannya kini ialah mampukah Liverpool, tanpa sentuhan kreatif Coutinho, meneruskan sentuhan cemerlang mereka, lebih-lebih lagi apabila menerima kedatangan City esok (12 tengah malam esok waktu Singapura)?



MAMPUKAH CITY PERTAHAN REKOD TANPA KALAH?



Pasukan pimpinan Pep Guardiola satu-satunya kelab yang belum kalah dalam semua perlawanan domestik.



City kini selesa di puncak Liga Perdana - mengumpulkan 62 mata selepas 22 perlawanan liga sejauh ini. Mereka mempunyai kelebihan 15 mata ke atas pesaing terdekat, Manchester United.



Bertandang ke Anfield, mampukah skuad berbakat Guardiola mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha mengulangi pencapaian hebat skuad 'The Invincibles' Arsenal yang tidak kalah sepanjang musim 2003/2004?



Atau Klopp dan Liverpool muncul sebagai kelab pertama untuk menewaskan City dalam liga musim ini? Bermain di padang sendiri, penyokong Liverpool tentunya menuntut pasukan mereka menyerang dan tidak sekadar bertahan untuk berkongsi mata.



MAMPUKAH SPURS KEKALKAN BINTANG PASUKAN?



Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy, bertegas tunggak pasukan seperti Harry Kane dan Dele Alli tidak akan dijual tetapi mampukah beliau hadapi tekanan apabila kelab-kelab gergasi datang 'mengetuk' pintunya?



Kane sendiri telah membayangkan bahawa Spurs perlu bercita-cita besar sekiranya mahu melihat beliau kekal di sana dan sejauh ini tiada tanda-tanda bahawa bintang England itu 'kegelisahan' untuk berpindah kelab.



Ini berita baik bagi Spurs yang perlu berada di tahap terbaik apabila menerima kedatangan Everton esok (1.30 pagi waktu Singapura).



LEICESTER 'DIHUKUM' DUA BEKAS BINTANG PASUKAN?



Kini menyarung jersi Chelsea, dua bekas bintang Leicester - Danny Drinkwater dan N'Golo Kante - dijangka diturunkan apabila bekas kelab mereka itu tiba di Stamford Bridge hari ini (11 malam ini waktu Singapura).



Drinkwater dan Kante adalah tunggak kekuatan Leicester yang menjuarai Liga Perdana pada musim 2015/2016.



Dengan Chelsea hampir pasti menyerahkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu kepada City, pengurus Conte tentunya menuntut pasukannya menamatkan musim di tangga setinggi yang mungkin.



The Blues kini di tangga ketiga - satu mata di belakang Manchester United.



Justeru adalah penting bagi Drinkwater dan Kante mengekalkan fokus mereka dalam usaha membantu Chelsea meraih tiga mata penuh ke atas bekas kelab mereka.



ARSENAL YANG GAGAH ATAU YANG 'GUGUP'



Memiliki skuad yang berbakat, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, kekadang kebuntuan melihat pasukannya gagal menunjukkan prestasi konsisten sejak beberapa musim lalu.



Kini Arsenal terkial-kial di tangga keenam - atau 23 mata di belakang City.



Fokus Wenger tentunya mengembalikan saingan bagi merebut empat tangga teratas untuk kembali layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



Untuk mencapainya, Arsenal tidak mampu dilanda 'darah gemuruh' lagi apabila bertandang ke padang Bournemouth malam esok. - AFP, Reuters.




JADUAL



Hari ini:



Chelsea lwn Leicester

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11 malam



Newcastle lwn Swansea

Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 10.50 malam



Watford lwn Southampton

Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 10.50 malam



West Brom lwn Brighton

Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 10.50 malam



Huddersfield lwn West Ham

Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 10.50 malam



Crystal Palace lwn Burnley

Singtel TV Sal 107 & StarHub TV Sal 232, 10.50 malam



Esok:



Tottenham lwn Everton

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 1.30 pagi



Bournemouth lwn Arsenal

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 9.30 malam



Liverpool lwn Man City

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12 tengah malam



Selasa:



Man United lwn Stoke

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 4 pagi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >