SEHINGGA tujuh pemain yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dikenakan penggantungan serta denda selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.
Kelab mereka, Bishan Barx, turut dikenakan denda serta pemotongan lima mata ekoran insiden pergaduhan yang tercetus pada penghujung perlawanan semasa kekalahan kelab itu 2-3 di tangan Siglap CSC pada 7 Jun lalu - insiden yang berlaku di Stadium Jurong West dengan beberapa pemain dilaporkan memerlukan rawatan perubatan.