Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tumbuk wartawan: Jurulatih Mexico yang baru julang Piala Emas dipecat

Jul 29, 2015 | 04:57 PM



MEXICO CITY: Jurulatih yang membantu Mexico menjulang trofi kejuaraan Piala Emas awal minggu ini, Miguel Herrera, dipecat kelmarin daripada jawatannya - sehari selepas didakwa menumbuk seorang wartawan yang membidas persembahan pasukannya itu di kejohanan itu dan juga di Copa Amerika bula lalu.


"Selepas mempertimbangkan keadaan ini dan mendengar (pandangan) semua yang menganggotai keluarga besar kami ini, saya mengambil keputusan menggugurkan Miguel Herrera, daripada jawatannya," ujar Presiden Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF), Decio de Maria, dalam satu sidang akhbar.


"Daripada apa yang dibincangkan antara saya dengan Miguel, saya hanya boleh mengatakan ia satu keputusan yang sukar sekali bagi beliau," tambah De Maria.


Christian Martinoli, seorang wartawan sukan dengan stesen televisyen setempat, TV Azteca, mendakwa bahawa Herrera telah mengugutnya sebelum melepaskan tumbukan ke lehernya semasa pasukan itu berada di lapangan terbang Philadelphia - dalam perjalanan pulang selepas kejayaan menjulang Piala Emas dengan kemenangan 3-1 ke atas Jamaica.


Herrera sudah pun mengemukakan permohonan maaf di atas insiden itu tetapi De Maria menegaskan:


"Anda tidak boleh membalas keganasan dengan keganasan."


Jurulatih baru pasukan itu, tambah ketua FMF itu lagi, akan diumumkan pada September ini.


Antara nama pengganti yang menjadi sebutan termasuk Marcelo Bielsa, jurulatih Marseille di Perancis yang juga pernah mengendalikan pasukan nasional Argentina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >