WASHINGTON: Ucapan takziah dan kata perangsang membanjiri Tyson Gay dan keluarganya menyusuli insiden tembak-menembak yang meragut nyawa anak perempuan remaja jaguh pelari pecut Amerika Syarikat itu awal kelmarin.
Menurut polis, Trinity Gay, 15 tahun, yang juga pelari berbakat di sekolah tingginya, terkena peluru dalam kejadian tembak-menembak sekitar 4 pagi di tempat meletak kereta dekat restoran Cook Out. Dia diisytihar mati di hospital University of Kentucky Chandler.