Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ujian terbesar Man City sejauh musim ini

Man U perlu menang jika mahu rapatkan jurang mata; tumpuan juga pada 'derby' Liverpool-Everton
Dec 09, 2017 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City pimpinan Pep Guardiola bertandang ke Old Trafford bagi menghadapi ujian terbesarnya musim ini esok (12.30 tengah malam esok waktu Singapura) manakala bos baru Everton, Sam Allardyce, akan berusaha menangkis kehebatan bintang Liverpool yang digelar 'Fab Four' dalam pertarungan antara dua jiran bermusuhan di barat laut England itu, juga esok.



City kini mempunyai kelebihan lapan mata ke atas pesaing terdekatnya itu dan satu lagi kemenangan ke atas United hampir pasti akan meranapkan impian Jose Mourinho mahu menjulang trofi kejuaraan liga pertama sejak era kegemilangan Sir Alex Ferguson.



Segenap tumpuan tentu sekali pada Mourinho - sama ada pasukannya akan menyerang City ataupun beliau kembali menggunakan taktik yang penuh berhati-hati seperti semasa membendung Liverpool 0-0 awal musim ini.



Yang pasti, Mourinho dan United akan turun ke padang dengan penuh keyakinan selepas menewaskan CSKA Moscow 2-1 di Eropah pada pertengahan minggu dan mengatasi Arsenal 3-1 dalam perlawanan liga terakhirnya hujung minggu lalu.



Namun, United perlu berhadapan City - satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam Liga Perdana sejauh ini - tanpa bintang azimatnya, Paul Pogba, yang terpaksa menjalani penggantungan selepas dilayang kad merah semasa kemenangan ke atas Arsenal.



Namun, kejayaan penyerang utama, Romelu Lukaku, menemui semula sentuhan golnya seperti ketika menentang CSKA tentunya petanda baik bagi United dalam usaha menjadi kelab pertama dalam liga untuk menimpakan kekalahan kepada pasukan pimpinan Pep Guardiola.



Dengan pertarungan yang dinantikan antara dua musuh di Manchester itu dijangka mendapat tumpuan utama, terdapat juga perhatian pada Liverpool yang kian menunjukkan prestasi cemerlang apabila mereka menerima kedatangan Everton dalam perlawanan 'derby Merseyside' pertama musim ini.



Selepas dihambat pelbagai masalah awal musim, Liverpool kian menyerlah - melompat ke tangga keempat liga dengan mencatatkan lima kemenangan daripada enam perlawanan terakhir.



Tumpuan bukan lagi pada bentengnya yang rapuh, sebaliknya pada ketangkasan empat bintang pasukan yang bergelar 'Fab Four' menemui sasaran secara kerap - Sadio Mane, Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Philippe Coutinho yang dikalangan mereka menyumbangkan 46 gol pasukan itu sejauh ini.



Dialu-alukan sebagai 'penyelamat' Evertom, Allardyce perlu mencari jalan 'mengunci' 'Fab Four' jika Everton berharap meneruskan langkah positif mengulangi dua kemenangannya ke atas West Ham dan Huddersfield sebelum ini.



Dalam perlawanan lain, juara England, Chelsea, bertandang ke padang West Ham hari ini manakala Arsenal berharap dapat bangkit apabila beraksi di padang Southampton esok. - AFP, Reuters.




JADUAL



Hari Ini:



  • West Ham lwn Chelsea

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 8.30 malam



  • Tottenham lwn Stoke

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11 malam



  • Swansea lwn West Brom

Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 10.50 malam



  • Huddersfield lwn Brighton

Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 10.50 malam



  • Crystal Palace lwn Bournemouth

Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 10.50 malam



  • Burnley lwn Watford

Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 10.50 malam



Esok:



  • Newcastle lwn Leicester

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 1.30 pagi



  • Southampton lwn Arsenal

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 8 malam



  • Liverpool lwn Everton

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 10.15 malam



  • Man United lwn Man City

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12.30 tengah malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >