LONDON: Terdapat masanya apabila Nick Pope hanya impikan mendapat panggilan untuk menyertai skuad England tetapi kini penjaga gawang Burnley itu menaruh harapan dapat merebut jersi nombor satu pasukan negaranya itu di Piala Dunia nanti.
Beraksi dari bawah - dalam liga tahap kelima bola sepak England - hanya empat musim lalu, Pope, 25 tahun, mendapat undangan pengurus Gareth Southgate buat kali pertama selepas beraksi cemerlang bagi kelabnya menyusuli kecederaan yang menimpa penjaga gawang utama Burnley, Tom Heaton, yang terpaksa menjalani pembedahan bahu pada September lalu.