CITA-CITANYA ialah mengikut jejak Shamsul Maidin dan mendiang George Suppiah yang pernah bertugas di pusingan akhir Piala Dunia.
Malah, pengadil bola sepak setempat, Muhammad Taqi Aljaafari Jahari, berpeluang 'menggesel bahu' dengan bintang seperti bekas pemenang Piala Dunia, Lucio, serta beberapa pemain terkemuka lain termasuk bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan, dan bekas pemain Liverpool, John Arne Riise, dalam 'perjalanan' mencapai cita-citanya itu.