Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Undian Piala Liga England jodohkan Arsenal dengan musuh ketat, Spurs

Aug 26, 2015 | 07:51 PM



LONDON: Arsenal perlu bertandang ke naib juara Piala Liga musim lalu, Tottenham Hotspur, selepas undian pusingan ketiga yang dijalankan kelmarin menjodohkan beberapa pertemuan yang menarik.


Spurs dan Arsenal telah bertemu sebanyak tiga kali dalam pertandingan tersebut dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Arsenal menang dalam pertemuan timbal-balas separuh akhir 2007 sementara Spurs pula menang di peringkat yang sama pada musim berikutnya.


Arsenal pula menang dalam waktu tambahan dalam pertemuan pusingan ketiga pada 2010.


Satu lagi pertemuan yang menarik melibatkan juara lima kali, Aston Villa, menentang kelab dari divisyen dua, Birmingham City, dalam satu lagi perlawanan yang melibatkan pasukan dari bandar yang sama.


Juara bertahan dan juara Liga Perdana, Chelsea, yang mengalahkan juara sebanyak empat kali, Spurs, 2-0 di Wembley dalam final musim lalu, memulakan kempen mereka mempertahankan trofi tersebut dengan bertandang ke kelab divisyen tiga,Walsall.


Selain perlawanan derby antara Arsenal dengan Spurs, pertemuan lain yang melibatkan pasukan dari Liga Perdana menyaksikan Sunderland menanti kedatangan Manchester City, Norwich City melayan West Bromwich Albion di padang sendiri dan Leicester City menerima kunjungan West Ham United.


Liverpool, yang memegang rekod selaku juara Piala Liga sebanyak lapan kali, akan menentang pasukan dari liga paling bawah, Carlisle United, di Anfield.


Sementara itu, Manchester United akan berdepan dengan kelab divisyen dua, Ipswich Town, di Old Trafford.


Perlawanan-perlawanan tersebut akan berlangsung dalam minggu 21 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >