Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

United bangkit tundukkan Fulham 3-1

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bruno Fernandes meledakkan dua gol untuk membawa Manchester United ke separuh akhir Piala FA dengan kemenangan 3-1 penuh drama ke atas Fulham, yang dua pemain dan pengurusnya Marco Silva dibuang padang pada Ahad.



Fulham kelihatan hampir membuat penampilan separuh akhir Piala FA pertama mereka sejak 2002 setelah Aleksandar Mitrovic membuka tirai jaringan pada minit ke-50.



Bagaimanapun, pasukan Erik ten Hag bangkit membalas dendam sedang The Cottagers terkial-kial pada tengah-tengah separuh kedua, apabila Willian dilayangkan kad merah kerana menggunakan tangan untuk menghalang rembatan Jadon Sancho dalam kotak penalti menyusuli semakan video penolong pengadil (VAR).



"Jelas dan nyata dia menggunakan tangannya... dan saya rasa kami harus mendahului perlawanan," kata ten Hag.



Keadaan menjadi kelam-kabut dan Mitrovic, yang dilihat menolak pengadil dengan bahunya, dan Silva juga dilayangkan kad merah.



Silva berkata kad merahnya disebabkan beliau keluar dari kawasan jurulatih, sambil menambah: "Hingga kad merah itu, kami nyata adalah pasukan lebih baik di padang."



Sejurus selepas keadaan pulih, sepakan penalti Fernandes menyamakan kedudukan buat United.



"(Fulham) memperoleh peluang dan mereka mensia-siakannya," kata bekas kapten United Roy Keane.



Dua minit kemudian, Marcel Sabitzer meletak United, juara Piala FA 12 kali, di hadapan dengan tendangan 'chip' menggunakan tumit belakangnya hasil hantaran Luke Shaw.



Fernandes menyumbatkan gol sekali lagi untuk menjamin kemenangan United beberapa saat sebelum wisel penamat.



"Ia adalah kemenangan besar," kata Sabitzer. "Kami ingin kembali ke Wembley dan kami berjaya melakukannya."



Ditanya apakah kemenangan itu hasil usaha United atau disebabkan kegagalan Fulhan merebut peluang mereka, Sabitzer berkata: "Kami memenanginya. Mengapa tidak? Kami menjaringkan tiga gol, mereka menyumbat satu gol. Kami menumpukan perhatian dan fokus; kami bangkit semula dan itulah perkara yang penting."



United akan bertemu Brighton & Hove Albion - yang menamatkan impian Piala FA pasukan liga divisyen keempat Grimsby Town dengan kemenangan 5-0 pada awal Ahad - pada separuh akhir pada 22-23 April di Stadium Wembley.



Dalam musim pertamanya bersama United, ten Hag sudah memenangi Piala Carabao, membawa kelabnya ke suku akhir Liga Europa dan menduduki tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) menjelang rehat perlawanan antarabangsa minggu ini.



"Kami dalam kedudukan untuk memenangi trofi tetapi kami harus berjuang untuk mendapatkannya," kata warga Belanda itu.



"Kami memerlukan seluruh skuad. Sejak Krismas kami bermain setiap tiga atau empat hari, dan ia akan berterusan hingga hujung musim dan itulah yang kami suka. Ia akan memberi kami semangat."



United akan ketiadaan pemain Brazil Casemiro, yang digantung empat perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Southampton dalam perlawanan liga minggu lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >