United beli pemain 19 tahun, ketepikan Januzaj, Hernandez dan Lindegaard

LONDON: Manchester United telah bersetuju membeli penyerang berusia 19 tahun daripada Monaco, Anthony Martial, sebanyak £36 juta ($7.8 juta).

Martial diberi kebenaran meninggalkan skuad kelab Perancis itu sejam selepas melapor diri semalam untuk pergi ke England bagi melengkapkan perpindahan mengejut tersebut.

Dalam apa yang kelihatan sebagai cubaan lewat terdesak untuk menajamkan serangan United yang tumpul, Martial mungkin menjadi pemain bola sepak remaja termahal dalam sejarah, melebihi £34 juta yang dibayar kelab itu bagi Luke Shaw tahun lalu.

Penyerang itu menjaringkan 12 gol dalam 48 perlawanan bagi Monaco musim lalu.

Sementara itu, penyerang United, Adnan Januzaj, 20 tahun, telah menyertai pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, di bawah perjanjian pinjaman semusim, walaupun menunjukkan permainan menggalakkan dalam permulaan musim ini.

Penyerang Javier Hernandez pula meninggalkan United selepas menandatangani perjanjian tiga tahun bersama Bayer Leverkusen, dan penjaga gol Anders Lindegaard menyertai West Bromwich Albion di bawah k kontrak dua tahun. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.