Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United dijangka tawar $177m bagi Pogba

Jul 20, 2016 | 12:45 PM



LONDON: Manchester United bakal membuat tawaran rasmi bagi Paul Pogba pada Rabu (20 Jul), dengan pegawai kelab itu menemui pengarah Juventus, Giuseppe Marotta dan Fabio Paratici, serta ejen pemain itu, Mino Raiola, untuk membincangkan perjanjian tersebut.



United dijangka membuat tawaran pembukaan £100 juta ($177 juta) dengan £13 juta daripadanya merupakan tambahan yang dikaitankan dengan prestasi pemain itu.



Juventus besar kemungkinan menolak tawaran tersebut - mereka mahu £100 juta tanpa sembarang tambahan bagi menimbangkan sembarang penjualan - dan masih berharap dapat menyimpan pemain tengah berusia 23 tahun itu, yang mempunyai kontrak hingga 2019.



Kelab Serie A itu akan bertemu United untuk melihat apakah mereka bersedia meningkatkan tawaran mereka dan kemudian akan berbincang dengan Pogba dan Raiola.



Akhbar Sepanyol, Marca, melaporkan pada Selasa (19 Jul) United boleh menamatkan usaha menandatangani Pogba "dalam beberapa hari ini".



Pogba, bagaimanapun, belum berkata beliau mahu meninggalkan Juventus dan perjanjian itu besar kemungkinan bergantung apakah beliau mahu pindah ke kelab lain.



Beliau akan ditawarkan kontrak bernilai £250,000 seminggu. Jika dua kelab itu mencapai persetujuan, pemain Perancis itu akan menjadi pembelian musim panas keempat United, selepas Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.



Real Madrid satu-satunya kelab lain yang pemain itu mungkin sertai, tetapi pengurus Zinedine Zidane berkata pada Isnin:



"Saya gembira dengan skuad yang saya telah dapat dan sukar memperbaikinya. Apakah saya suka Pogba? Sudah tentu, dia seorang pemain yang sangat baik dan setiap kelab mahu pemain terbaik, tetapi sekarang dia di Juve dan kami sudah mempunyai skuad." - The Guardian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >