Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United hilang khidmat Ibrahimovic, Lukaku

Dec 31, 2017 | 02:20 PM



MANCHESTER: Pengurus  Manchester United, Jose Mourinho, mendedahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic tidak dapat beraksi selama   sebulan, tetapi beliau  berharap Romelu Lukaku akan kembali cergas selepas mengalami kecederaan di kepala dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton di Old Trafford, yang berakhir dengan seri 0-0, awal pagi Ahad (31 Dis).



Ibrahimovic dikeluarkan ketika rehat sewaktu United seri menentang Burnley pada Isnin lalu,  tetapi Mourinho tidak mendedahkan tahap kecederaan yang dialami bekas bintang Paris Saint-Germain itu hingga terpaksa berehat sepanjang Januari ini.



“Zlatan berehat sebulan,” kata Mourinho selepas perlawanan  menentang Southampton.

 

Ibrahimovic baru saja kembali menyertai skuad United setelah  terlepas separuh babak awal musim ini kerana kecederaan lutut yang  dialaminya April lalu.



Tanpa Ibrahimovic untuk tempoh  panjang, Mourinho berdepan pula masalah baru apabila penyerang Belgium, Lukaku, diusung keluar pada babak pertama  selepas terhantuk kepala pemain Southampton,  Wesley Hoedt.

   

Lukaku menerima rawatan hampir lima minit sebelum dikeluarkan dari padang sambil memakai topeng oksigen.



Namun bagi Mourinho keadaan Lukaku tidak serius. “Itulah bola sepak. Dia cuma tidak bernasib baik. Saya rasa dia berebut bola dengan pemain pertahanan Belanda itu dan Lukaku tidak bernasib baik. Hoedt juga tidak bernasib baik.”



“Tidak ada apa-apa  agresif dan saya harap tidak ada yang serius. Tetapi akibatnya dia tidak dapat bermain untuk baki perlawanan tadi,” katanya.



Perlawanan United seterusnya ialah menentang kelab lama Lukaku, Everton, di Goodison Park esok. –  AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >