Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Uruguay singkir Italy, Suarez menggigit lagi

Jun 26, 2014 | 09:00 AM



URUGUAY menyingkirkan juara empat kali Italy daripada Piala Dunia tetapi perlawanan tercemar dengan satu lagi insiden kontroversial yang menyaksikan penyerang Luis Suarez menggigit pemain lawan.


Penyerang Liverpool itu, yang pernah terlibat dalam dua insiden serupa sebelum ini, dilihat menggigit pemain bek Italy, Giorgio Chiellini, seminit sebelum kapten Diego Godin menjaringkan gol tunggal kemenangan Uruguay pada minit ke-81.


Awal dari itu, pemain midfield Italy Claudio Marchisio dibuang padang kerana membuat terkaman membahayakan ke atas Egidio Arevalo.


Meskipun Uruguay mara ke pusingan kalah mati dan akan berdepan Colombia di Stadium Maracana Ahad ini, masa depan Suarez dalam Piala Dunia Brazil diragukan.


Insiden menggigit itu tidak disedari pengadil perlawanan, namun rakaman video jelas menunjukkan beliau membuat kesalahan tersebut.


Suarez pernah digantung 10 perlawanan selepas didapati bersalah menggigit pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada April 2013 dan tujuh perlawanan selepas melakukan kesalahan serupa sewaktu menyarung jersi Ajax pada 2010.


Pengulas dan pemain bola sepak England memberi reaksi terhadap insiden tersebut dan ada yang mendesak beliau digantung lebih lama.


Hukuman maksimum Fifa bagi kesalahan serupa adalah penggantungan sebanyak 24 perlawanan atau dua tahun.


Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, England, yang telah pun tersingkir, mengakhiri kempennya dalam Piala Dunia di tangga corot selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Costa Rica,


Dalam perlawanan Kumpulan C yang lebih menarik dan tidak kurang kontroversial, Greece menyingkirkan Ivory Coast 2-1 dengan gol kemenangannya dijaringkan menerusi tendangan penalti pada lewat perlawanan untuk melangkah ke pusingan 16, sementara Colombia mengalahkan Jepun 4-1.


ISMAIL ALI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >