Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Usain Bolt mahu gegar balapan di Olimpik Rio

Apr 20, 2016 | 05:07 PM



NEW YORK (Amerika Syarikat): Raja pecut dunia, Usain Bolt mahu mencipta sejarah dengan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut semasa Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.



Menurutnya, beliau ingin melakukan pecutan bawah 19 saat dalam acara 200 meter.



Atlet Jamaica itu turut menyatakan hasrat untuk terus menguasai balapan sehingga musim 2017.



Temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, akan berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos ini.



Rio de Janeiro yang terkenal dengan pantai Copacabana dan Ipanema serta patung gergasi Jesus Christ setinggi 38 meter merupakan ibu kota Brazil antara 1763 hingga 1960, sebelum digantikan dengan Brasilia.



Bolt telah memenangi acara 100 dan 200m dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini dan merangkul pingat emas dalam acara lari berganti 4x100 di Beijing (2008) dan London (2012) bersama rakan senegara Jamaica.



"Saya mahu mempertahankan kemenangan, untuk kali ketiga berturut-turut. Itu matlamat utama. Ia fokus utama saya," kata Bolt yang ditukil agensi berita Reuters.



"Matlamat kedua adalah untuk cuba lakukan bawah 19 saat," kata Bolt yang mencatat rekod 19.19 saat untuk larian 200m dunia pada 2009.



"Ia sesuatu yang saya inginkan dan harap semuanya berjalan lancar dan saya boleh mendapatkannya. Ia akan menjadi satu langkah yang besar bagi saya." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >