KELAB bola sepak Sepanyol, Valencia, yang dimiliki usahawan Singapura, Peter Lim, telah membuka ibu pejabat Asia di Singapura - pejabat luar negerinya yang pertama - yang terletak di Great World City, menurut satu kenyataan kelab La Liga itu semalam.
Pembukaan ibu pejabat Asianya itu menyusuli pelantikan warga England, Peter Draper, sebagai Pengarah Pemasaran dan Komersial Valencia yang baru.