Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Valencia dan Dortmund turut ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan

Aug 09, 2015 | 05:28 PM



SAMBUTAN ulang tahun ke-50 negara ini turut 'disambut' oleh kelab Sepanyol, Valencia CF, yang menayangkan ucapan 'Selamat Hari Kebangsaan' pada panel iklan elekronik di stadiumnya semasa satu perlawanan La Liga kelmarin.


Kelab itu, yang dimiliki usahawan Singapura, Encik Peter Lim, mempamerkan kekata 'Majulah Singapura! Valencia Club de Futbol wish all Singaporeans a very Happy National Day' (Majulah Singapura! Valencia Club de Futbol mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada semua warga Singapura) semasa satu perlawanan menentang AS Roma yang berlangung di padang sendirinya di Stadium Mestalla.


Ucapan itu "tanda hubungan yang rapat" antara Valencia dengan Singapura, kata kelab itu menerusi laman webnya.


Hanya bulan lalu, Valencia memilih untuk membuka pejabat pertamanya di luar negeri di Singapura.


Sebuah lagi kelab gergasi - Borussia Dortmund dari Jerman - yang membuka pejabatnya di Singapura pada Oktober lalu turut mengirimkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepda Singapura melalui Facebook.


Video yang mengiringi ucapan itu menyaksikan pemain pertahanan Serbia, Neven Subotic, mengucapkan "selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-50" kepada semua warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >