LONDON: Liverpool mendapatkan tandatangan pemain Southampton, Virgil van Dijk, dengan bayaran yang mencecah £75 juta ($135 juta), menjadikan bintang Belanda ini pemain pertahanan termahal dunia.
Van Dijk sudah pun dikaitkan dengan pemindahan ke Anfield sejak beberapa bulan lalu dengan pasukan bergelar The Red itu terpaksa mengemukakan kenyataan maaf kerana didakwa cuba mendapatkan pemain itu tanpa pengetahuan serta keizinan Southampton awal tahun ini.