Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Van Gaal: Saya tidak akan letak jawatan

Dec 29, 2015 | 03:44 PM



LOUIS van Gaal berikrar akan terus berjuang sebagai pengurus Manchester United, tetapi mengakui perkara itu mungkin bukan di tangannya, tetapi di tangan lembaga kelab itu.


Pengurus berusia 64 tahun itu menghadapi spekulasi selama tiga minggu selepas beberapa permainan menyaksikan United merosot ke tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan.


Walaupun bermain lebih baik, mereka hanya mampu seri 0-0 dengan Chelsea pada Isnin (28 Dis) di Old Trafford.


Bercakap selepas kekalahan 2-0 di Stoke City Sabtu lalu, van Gaal membayangkan beliau boleh memilih meninggalkan kelab itu daripada dipecat.


Namun, van Gaal berubah selepas seri dengan Chelsea, dan berkata "saya tidak akan meletak jawatan" dalam satu temu bual televisyen, sambil menjelaskan beliau membangkitkan isu peletakan jawatan semata-mata untuk menunjukkan kelab itu tidak menentukan segala-galanya mengenai masa depannya.


Bagaimanapun, van Gaal mengakui beliau tidak berdaya berbuat apa-apa jika pemilik United, keluarga Glazer, dan naib pengerusi eksekutif Ed Woodward memutuskan berhenti menyokongnya.


"Saya telah berkata bahawa Manchester United mempunyai keyakinan tinggi terhadap pengurus (mereka) dan saya tidak menerima itu dalam setiap kelab," katanya.


"Tetapi sudah tentu saya tahu bahawa ada keadaan di mana lembaga harus membuat keputusan memecat pengurus. Saya sentiasa lihat daripada sudut pandangan saya dan itu mungkin bukan pandangan yang betul.


"Dalam dunia bola sepak gila ini, itu boleh berlaku setiap hari, termasuk ke atas saya. Apabila ia berlaku kepada Jose Mourinho, ia boleh berlaku pada saya." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >