MANCHESTER: Pemain muda ghairah ingin bermain dan pengurus Manchester United, Louis van Gaal, turut bersedia menurunkan mereka dalam pertemuan dengan West Ham United malam ini.
Malah, United, yang dirundung masalah kecederaan, bakal menampilkan barisan pertahanan baru selepas tunggak pertahanan Chris Smalling mengalami kecederaan betis.