SUNDERLAND: Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, menuntut pemainnya mempertingkat prestasi mereka segera selepas akur persembahan mereka dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana England musim ini kurang memuaskan.
United mengelak permulaan paling buruk sejak 1992 selepas mengikat Sunderland 1-1 di stadium lawan kelmarin. Ini setelah ia tewas 1-2 kepada Swansea dalam perlawanan pembuka tirai.