Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERISAI MASYARAKAT

VAR bantu sahkan kemenangan Albirex ke atas Hougang

Feb 21, 2023 | 05:30 AM



TEKNOLOGI video penolong pengadil (VAR) akan menjadi sebahagian daripada bola sepak, kata jurulatih Albirex Niigata, Kazuaki Yoshinaga.



Warga Jepun berusia 54 tahun itu mengulas mengenai penggunaan VAR dalam bola sepak Singapura selepas Albirex, juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), menumpaskan pemenang Piala Singapura 2022, Hougang United 3-0 dalam perlawanan Perisai Masyarakat pada Ahad.



Ia kemenangan keempat Albirex.



Walaupun hanya pembuka tirai musim baru SPL, yang bermula Jumaat ini, perlawanan itu mencipta sejarah apabila 3,078 penyokong di Stadium Jalan Besar menyaksikan perlawanan bola sepak rasmi pertama di Singapura menggunakan VAR.



Dan ia terbukti penting kerana dua gol Albirex disahkan selepas semakan VAR.



Selepas pengadil Jansen Foo merujuk VAR dua kali pada separuh masa pertama untuk menolak rayuan penalti Hougang - VAR betul memutuskan tiada kekasaran terhadap Hazzuwan Halim pada minit ke-32 dan Shunsaku Kishimoto tidak menggunakan tangan untuk menghalang percubaan Ajay Robson 11 minit kemudian.



Foo pada asalnya membenarkan perlawanan diteruskan, tetapi dimaklumkan mengenai satu pertembungan antara pemain pertahanan The Cheetahs, Naoki Kuriyama, dan pemain gantian The White Swans, Riku Fukashiro, dalam kotak penalti pada minit ke-51.



Pengadil pergi ke monitor di tepi padang untuk menyemak semula insiden dan menganugerahkan Albirex sepakan penalti.



Seia Kunori menyempurnakan sepakan pada minit ke-57 untuk meletak Albirex di hadapan.



VAR sekali lagi mengesahkan gol pada minit ke-69. Pada salnya, Foo membatalkan gol tandukan Shodai Yokoyama bagi Aklbirex kerana ofsaid, tetapi keputusan itu ditolak VAR.



Harapan Hougang melakukan comeback mati lima minit kemudian apabila rembatan Fukashiro melepasi penjaga gol Zaiful Nizam dan mengesahkan kemenangan Albirex.



Yoshinaga, yang menyaksikan pemergian pemain tetap musim lalu seperti Ilhan Fandi, Kan Kobayashi dan Jun Kobayashi, gembira pasukannya yang berwajah baru dapat memulakan musim dengan kemenangan.



"Akan ada isu dari semasa ke semasa dengan VAR, tetapi kita perlu fikir ia adalah sebahagian daripada bola sepak dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya," kata beliau.



Jurulatih Hougang Firdaus Kassim berkata keputusan VAR menjejas fokus pemain.



"Kami kehilangan fokus dan disiplin kami selepas kami melepaskan gol pertama, apabila keputusan VAR tidak menyebelahi kami.



"Tetapi, adalah lebih baik perkara sebegitu berlaku sekarang sebelum liga bermula dan kami hanya perlu belajar daripada perlawanan ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >