PINGAT gangsa yang dimenangi 'dirampas' daripada genggamannya, tetapi Martina Veloso akur pingat emas berpasukan yang dimenanginya semalam bak penawar kekecewaan yang dirasakannya.
"Bukan mudah bagi saya melepaskan pingat gangsa... tempat saya di podium diambil, tetapi saya mendapat tempat ketiga mengikut kiraan mata," kata Veloso, 15 tahun, yang berjaya memberi tembakan bull's eye sekali di final. Beliau beraksi dalam Sukan SEA buat pertama kali.