Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen hampiri rekod Vettel sembilan kemenangan berturut-turut

Aug 24, 2023 | 11:04 AM



BELANDA: Max Verstappen boleh menyamai rekod Sebastian Vettel sebanyak sembilan kemenangan berturut-turut pada hujung minggu ini di Zandvoort.


Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu kembali lebih hebat daripada sebelumnya, dan beliau boleh bergantung kepada dorongan penyokongnya yang amat ramai.

Juara dunia dua kali itu disangka akan memenangi kejuaraan ketiga, selepas beliau merangkul dua kemenangan sejak perlumbaan kembali pada 2021.

Beliau mempunyai kelebihan 125 mata berbanding rakan sepasukannya dari Mexico, Sergio Perez, selepas 12 pusingan.

Red Bull pula sedang mengejar kemenangan yang ke-14 berturut-turut sejak tahun lalu di Abu Dhabi.

Pemandu Jerman, Vettel, kini sudah bersara, merupakan satu-satunya pemandu yang telah memenangi sembilan perlumbaan berturut-turut dalam satu kempen.

Beliau melakukannya semasa perjalanannya ke kejuaraan yang keempat pada 2013.

“Nampaknya cuacanya tidak tentu, namun saya tidak kisah, basah ataupun kering, kami akan berusaha untuk memastikan kami mendapat mata maksimum,” kata Verstappen.

Perlumbaan itu disangka lebih mendebarkan, dengan Mercedes, Aston Marin, Ferrari dan McLaren semuanya bersedia untuk mengambil kesempatan sekiranya Red Bull lalai.

Ferrari merupakan pesaing terdekat Red Bull pada pusingan lalu di Belgium, dengan pemandunya, Charles Leclerc di tempat ketiga di belakang dua pemandu Red Bull, dan beliau juga bermula di barisan hadapan di Zandvoort pada 2022.

Kesemua jurulatih pasukan lain berharap dan bersemangat untuk memenangi perlumbaan di Zandvoort. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >