Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Vettel azam jadi pemandu kedua juarai GP Italy dengan tiga pasukan berbeza

Sep 03, 2015 | 05:35 PM



MONZA (Italy): Jaguh Jerman, Sebastian Vettel, akan berusaha tampil sebagai hanya juara kedua dalam sejarah Formula Satu (F1) untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Italy dengan tiga pasukan berbeza pada hujung minggu ini.


Kini bersama Ferrari, Vettel juga tentunya berazam menamatkan cabaran terakhir litar di Eropah musim ini dengan cemerlang sebagai menebus segala kekecewaan cabaran yang kurang konsisten pasukan itu sejauh ini.


Dua minggu selepas letupan tayar meranapkan impiannya menaiki podium di Belgium Grand Prix, juara dunia empat kali itu melahirkan harapan dapat mengikuti jejak pelumba legenda berusia 56 tahun dari Britain, Stirling Moss, yang muncul juara di sini pada 1956, 1957 dan 1959 bersama tiga pasukan berbeza - Maserati, Vanwall dan Rob Walker Racing.


Kali pertama Vettel menjuarai Grand Prix Italy ialah pada 2008 - yang juga kejuaraan sulungnya dalam F1 - semasa mewakili pasukan Toro Rosso sebelum menang dua kali lagi apabila berpindah ke Red Bull pada 2011 dan 2013.


Kali ini, pemandu berusia 28 tahun itu mendambakan kemenangan manis bagi Ferrari di 'litar sendiri' dan di hadapan penyokong mereka yang penuh mengharap - tidak termasuk pembekal tayar F1 yang juga berpangkalan di Italy, Perelli, yang kerap mendapat kritikan sejak musim ini bermula termasuk insiden terbaru yang membabitkan Vettel di Grand Prix Belgium.


Strategi satu hentian Vettel buat tayar di tengah-tengah Now, he seeks to add a memorable victory on home soil for the scarlet scuderia at a time when the team and their local race, not to mention F1's Italian tyre suppliers, badly need a boost. In the wake of his angry departure from Spa-Francorchamps,


Selain Vettel dan Perelli, pendahulu F1 musim ini dari Mercedes, Lewis Hamilton, juga dijangka mendapat perhatian dalam usaha juara dunia dua kali dari Britain itu mengulangi pencapaian cemerlangnya pada 2014 dan mengukuhkan kedudukannya di tangga atas senarai pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >