Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Vettel juarai F1 Singapura buat kali keempat, kekecewaan bagi Hamilton apabila terpaksa tarik diri separuh jalan

Sep 21, 2015 | 10:13 AM



MINGGU yang menjanjikan seribu macam kenangan bagi jaguh Mercedes, Lewis Hamilton, bertukar menjadi igauan buruk apabila beliau terpaksa menarik diri di penghujung pusingan ke-32 Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura-Singapore Airlines yang menyaksikan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel, mencipta sejarah unik menjuarai perlumbaan di Litar Jalan Raya Marina Bay ini buat kali keempat sebentar tadi (20 September).


Bermula di petak pertama, pemandu Jerman itu mendahului dari mula hingga akhir dengan pelumba Australia, Daniel Ricciardo, dari pasukan Red Bull di tempat kedua - 1.4 saat di belakang Vettel.


Ia juga adalah kejuaraan ketiga bagi Vettel musim ini - selepas memenangi Grand Prix Malaysia dan Grand Prix Hungary - satu-satunya pemandu yang berjaya mengatasi penguasaan Hamilton dan rakan pasukannya dari Mercedes, Nico Rosberg, yang memenangi 10 daripada 12 perlumbaan sebelum bersaing di Singapura ini.


Pemandu Finland, Kimi Raikkonen, memastikan kededua kereta Ferrari menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga - 15.7 saat di belakang rakan pasukannya itu.


Saingan sengit yang dijangka-jangka terutama daripada Hamilton yang memburu kemenangan ke-41 dalam F1 bagi menyamai rekod idolanya, Aryton Senna, terbukti meleset apabila pemandu berusia 30 tahun itu menghentikan perlumbaan kerana masalah pada keretanya.


Sebaliknya, satu-satu detik yang menggugat kedudukan Vettel datang bukan daripada pesaingnya lain, sebaliknya kemunculan 'tetamu yang tidak diundang' di litar pada pusingan ke-36 - insiden pelik yang menyebabkan perlumbaan tergendala dengan kemasukan kereta keselamatan buat kali kedua.


"Ada seorang lelaki berjalan di litar!" pekik Vettel melalui radio pasukannya.


Kali pertama kereta keselamatan memasuki litar ialah apabila kededua kereta Felipe Massa dan Nico Hulkenberg 'berlaga' pada pusingan ke-13 perlumbaan.


Kededua insiden yang memaksa kereta keselamatan dikerah ke litar turut menyaksikan jurang kelebihan Vettel kian mengecil tetapi pengalaman dan kecekapannya menangani litar penuh mencabar sebanyak 23 selekoh itu terbukti sukar ditandingi.


"Ia mungkin antara perlumbaan terbaik saya," ujar Vettel di akhir perlumbaan.


"Saya dapat merasakan tekanan hebat daripada pesaing-pesaing di belakang... saya berjaya menguasai rentak perlumbaan dan mengekalkan jurang di hadapan.


"Ia minggu yang hebat bagi pasukan kami," tambah Vettel, yang memenangi perlumbaan di sini tiga tahun berturut-turut (2011-2013) semasa bersama pasukan Red Bull.


Vettel kekal di tangga ketiga senarai pemandu - 49 mata di belakang Hamilton - dengan tinggal enam lagi perlumbaan sebelum musim ini melabuhkan tirainya di Grand Prix Abu Dhabi pada 29 November ini.


Di tangga kedua senarai pemandu ialah seorang lagi pemandu Mercedes, Rosberg - 41 mata di belakang rakan sepasukannya selepas beliau menduduki tempat keempat Grand Prix Singapura ini.


Bagi Hamilton, ia minggu yang harus dilupakan sahaja.


Selain gagal menamatkan perlumbaan yang dijuarainya tahun lalu, beliau turut melihat harapan untuk menyamai pencapaian bersejarah merebut petak pertama buat kali kelapan berturut-turut - bagi menyamai rekod hebat Senna pada musim 1988-1989 - berkecai semalam apabila sekadar mencatatkan masa kelima terpantas di pusingan kelayakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >