VIETNAM menebus kekecewaan kalah pada peringkat separuh akhir dengan membelasah Indonesia 5-0 untuk memenangi pingat gangsa acara bola sepak dalam Sukan SEA ini.
Disebut-sebut sebagai antara pasukan pilihan ke final, Vietnam kalah mengejut 1-2 kepada Myanmar pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.