APA yang pasti, prestasinya lebih baik dibandingkan dengan pengalaman sulung berlumba di kejohanan serantau.
Sekalipun motosikalnya buat ragam apabila enjinnya termati secara tiba-tiba menyebabkannya jatuh tercampak dan mengalami kecederaan pada tulang rusuknya, Muhammad Hasroy Osman berpuas hati dengan prestasinya semasa beraksi di Kejohanan Motocross & Enduro Antarabangsa Cheongsong 2014 yang berlangsung di Korea Selatan baru-baru ini.