Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Wales, Perancis catat kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan Piala Dunia Ragbi

Oct 02, 2015 | 07:34 PM



LONDON: Wales yang keletihan mengatasi Fiji sementara Perancis melalui beberapa detik yang kurang selesa sebelum mengalahkan Canada kelmarin sedang kededuanya mencatatkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan di kejohanan Piala Dunia Ragbi.


Sekalipun senarai pemain yang cedera yang menjejas persembahan dan diundi dalam kumpulan paling sukar dalam sejarah kejohanan itu, Wales yang mengalahkan England pada Sabtu lalu, menyusul dengan kemenangan 23-13 ke atas Fiji dalam pertemuan Kumpulan A yang mendebarkan.


Dalam pada itu, Perancis membuat dua trai pada lewat perlawanan untuk mendapat kemenangan dengan mata bonus 41-18 ke atas Canada dalam Kumpulan D. Keputusan tersebut tidak mencerminkan persaingan yang lebih sengit. Bagaimanapun, ia meletakkan Perancis di ambang kemaraan ke suku akhir.


Kemenangan Wales itu bermakna England tiada pilihan kecuali mengatasi Australia hari ini atau menjadi negara tuan rumah pertama yang gagal ke pusingan kalah mati.


Bagaimanapun, kemenangan bagi England juga akan bermakna mata bonus boleh menentukan sama ada England masih dapat bersaing di kejohanan ini selepas hari ini.


Jika itu terjadi, Wales mungkin menyesali kegagalan mereka memanfaatkan beberapa peluang membuat trai dalam perlawanan menentang Fiji yang mungkin membolehkan mereka mendapat mata bonus.


Bercakap selepas perlawanan kelmarin, kapten Wales, Sam Warburton, berkata itu bukanlah satu itu yang besar. "Adalah tidak menghormati Fiji untuk bercakap mengenai mata bonus," katanya.


"Kami tahu bahawa Fiji merupakan satu pasukan yang berbeza sepenuhnya sekarang. Kami harus memuji Fiji kerana mereka menyukarkan kami... memaksa kami membuat banyak terkaman."


Dalam pada itu, Perancis terpaksa menunggu hingga lewat perlawanan sebelum mendapatkan mata bonus melalui trai, menentang pasukan Canada yang tidak gentar untuk melancarkan serangan balas yang pantas dan berdiri sama tinggi dalam pertembungan fizikal.


Jurulatih Perancis, Philippe Saint-Andre, gembira pasukannya mencatat kemenangan ketiga tetapi tidak dapat relaks sepenuhnya sepanjang perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >