PENGHIBUR gusti wanita Arab pertama telah menandatangani kontrak dengan World Wrestling Entertainment Inc, memecah tabu budaya, dengan syarikat sukan dan hiburan itu berusaha menembusi pasaran Timur Tengah yang mewah.
Shadia Bseiso, yang berasal dari Jordan dan mahir dalam seni pertahanan diri jiu-jitsu, berharap langkah beliau dapat mendorong lebih ramai wanita Arab menceburi sukan itu.