GENEVA: Brazil, penganjur Sukan Olimpik 2016 Ogos ini, telah memberi amaran kepada wanita hamil supaya tidak menghadiri temasya sukan itu, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa atas penularan virus Zika di negara itu.
Virus yang disebarkan melalui nyamuk Aedes itu dianggap punca utama kian meningkatnya kejadian cacat otak di kalangan bayi.