Wartawan Suresh Nair minta maaf kepada FAS

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah menerima permohonan maaf penulis sambilan Suresh Nair berhubung dakwaan yang dibuatnya mengenai FAS dalam artikel beliau.

Artikel tersebut telah diterbitkan dalam laman web sukan, The Sports247.my dan laman web berita, The Independent pada Jun tahun lalu.

Nair, 63 tahun, semalam telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun Facebooknya untuk memohon maaf sambil menarik balik semua tuduhan yang dibuatnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi (17 Mei), FAS berkata mereka gembira bahawa Nair telah mengakui kesalahannya selain bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada badan pentadbir bola sepak tempatan itu.

“Kami gembira kerana Encik Nair kini telah menerima bahawa tuduhan yang dibuat dalam artikel itu yang sama sekali tidak mempunyai kebenaran atau asas, dan secara tidak sengaja, dan beliau, tanpa syarat menarik balik tuduhan tersebut.

“Beliau juga telah menerbitkan permohonan maaf dan menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada FAS….kami kini menganggap perkara ini selesai,” kata FAS dalam kenyataan tersebut.

Nair bersetuju untuk membayar sebanyak $2 setiap satu bagi ganti rugi dan kos tindakan undang-undang.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:21
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.