Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'We are One' bakal menyerlah temasya Piala Dunia pagi ini

Jun 12, 2014 | 02:55 PM



SAO PAULO (Brazil): Pembukaan rasmi temasya bola sepak Piala Dunia awal pagi ini akan diserikan dengan dendangan lagu tema 'We Are One' oleh bintang latin, Jennifer Lopez (JLo).


Dalam persembahan itu, beliau akan diiringi beratus-ratus penari dan ahli gimnastik serta pesakit lumpuh berpakaian robot 'Iron Man'.


"Sila datang awal", kata penyanyi Brazil, Claudia Leitte yang akan mengiringi JLo menyampaikan lagu tema Piala Dunia tahun ini.


Sebelum ini terdapat keraguan sama ada Lopez akan hadir pada acara pembukaan itu berikutan beberapa masalah peribadi.


Ahad lalu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyatakan JLo menarik diri kerana isu berkaitan penerbitan tetapi dua hari lalu beliau mengesahkan akan hadir.


Lagu 'We Are One' sudah ditonton 75 juta kali menerusi YouTube, walaupun terdapat pihak tertentu berpendapat ia tidak begitu menarik seperti klasik Piala Dunia 'Cup of Life' oleh Ricky Martin pada 1998 dan 'Waka Waka' oleh Shakira pada 2010.


Lebih 60,000 peminat bola akan berada di Arena Sao Paulo termasuk 12 ketua kerajaan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, serta satu bilion orang dijangka menonton acara pembukaan dan perlawanan itu menerusi televisyen. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >