Webber selamat walau terlibat dalam nahas kelajuan tinggi perlumbaan World Endurance

SAO PAULO: Bekas jaguh perlumbaan Formula Satu (F1), Mark Webber, terlepas daripada mengalami kecederaan yang lebih serius apabila terlibat dalam nahas semasa berlumba dalam World Endurance Series di Brazil dinihari semalam.

Kereta Porsche 911 yang dipandu jaguh berusia 38 tahun itu berlanggar dengan pesaingnya, Matteo Cressoni, yang memandu kereta Ferrari, di selekoh terakhir perlumbaan selama enam jam itu sebelum kededua kereta itu merempuh pengadang litar perlumbaan.

Rakaman televisyen menunjukkan nahas itu berlaku pada kelajuan laju dengan kededua kereta itu dipandu pada kelajuan sekitar 300 kilometer sejam.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.