LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akui 'sukar' untuk memenangi Liga Perdana selepas pasukannya meraih satu mata sahaja apabila perlawanan berakhir seri 3-3, menentang West Ham United.
Kelab London Utara itu kini 10 mata di belakang pendahulu Leicester City selepas keputusan seri Sabtu lalu.