LONDON: Arsene Wenger memberitahu penyokong Arsenal bahawa beliau belum mahu berundur selepas berjaya memimpin kelab itu menduduki tempat keempat Liga Perdana, sekali gus melayakkan diri ke Perlawanan Penentuan menyertai Liga Juara-Juara musim depan.
Kontrak Wenger sebagai pengurus akan tamat akhir musim ini tetapi pengurus asal Perancis berusia 64 tahun itu belum menandatangani kontrak baru di tengah-tengah desakan beberapa pihak yang mengatakan sudah tiba masanya kelab itu membuat perubahan selepas 18 tahun berada di bawah pengurusan beliau.