LIVERPOOL: Arsene Wenger tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas melihat pasukannya, Arsenal, gagal mengukuhkan kedudukan mereka di takhta Liga Perdana England selepas disekat 3-3 oleh Liverpool dinihari semalam.
Namun, pengurus asal Perancis itu mendakwa bahawa pertarungan menarik dan penuh dramatik itu - dengan gol penyamaan ketiga Liverpool dijaringkan pada minit-minit terakhir - membuktikan reputasi pasukannya sebagai pesaing serius kejuaraan liga musim ini dengan Wenger menggesa anak didiknya supaya menjadikannya sebagai motivasi dalam usaha ditabal gelaran juara liga buat pertama kalinya dalam 12 tahun.