Wenger tidak akan merayu terhadap kad merah Xhaka

LONDON: Arsene Wenger tidak akan mengemukakan rayuan terhadap kad merah yang diberi kepada Granit Xhaka semasa kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Swansea City Sabtu lalu (15 Okt).

Pemain tengah itu dibuang padang secara kontroversial 20 minit sebelum tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates itu kerana mengasari Modou Barrow.

Itu memaksa Arsenal bertahan bagi mendapatkan kemenangan yang menyamakan jumlah mata mereka dengan pendahulu EPL, Manchester City, sebanyak 19.

Bagaimanapun, walaupun berasa Xhaka menjadi mangsa keputusan terlalu keras, Wenger berkata beliau tidak akan merayu terhadap tindakan kad merah itu.

"Tindakan buang padang itu kelihatan terlalu keras," kata Wenger. "Ia memang satu kesalahan tetapi mungkin hanya wajar diberi kad kuning. Pengadil memilih kad merah. Apakah saya akan merayunya? Tidak."

Arsenal seolah-olah mengawal perlawanan selepas mendahului 2-0 dan kemudian 3-1 selepas Theo Walcott memanfaatkan kesilapan pertahanan untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit dalam separuh masa pertama, sebelum Gylfi Sigurdsson membalas satu gol untuk Swansea.

Satu tendangan sangga oleh Mesut Ozil membuat Arsenal mengekalkan kelebihan dua gol pada separuh masa kedua, tetapi jaringan Borja Baston bagi Swansea dan kad merah Xhaka menyukarkan laluan Arsenal sebelum akhirnya berjaya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,919.370 -9.210