Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

West Ham akhiri rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



LONDON: West Ham mencatatkan kejutan setelah berjaya mengakhiri rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool sekaligus melompat kedudukan satu tangga di atas pencabar mereka itu.



Kemenangan 3-2 itu turut menjejas perjuangan Liverpool dalam memburu kejuaraan liga buat kali kedua dalam tiga musim.



Selain rekod cemerlang mereka itu, Liverpool juga memerlukan tiga mata untuk mara ke tempat kedua, satu mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.



Bagaimanapun, pasukan pimpinan Jurgen Klopp itu ketinggalan gol dalam babak-babak awal perlawanan setelah penjaga gawang, Alisson, gagal menangkap tendangan sudut Pablo Fornals, dan sebaliknya melihat bola muntah ke dalam gawangnya sendiri.



Kededua pasukan bagaimanapun bernasib baik untuk tidak dilayangkan kad merah dalam separuh masa pertama yang agresif dengan Aaron Cresswell melakukan terkaman ganas ke atas Jordan Henderson dan Ogbonna ditampar di muka oleh siku Diogo Jota, yang memaksa pemain pertahanan West Ham itu meninggalkan perlawanan.



Liverpool menyamakan kedudukan sejurus sebelum masa rehat menerusi tendangan percuma Trent Alexander-Arnold, yang memperdayakan penjaga gawang West Ham, Łukasz Fabiański.



Namun, West Ham kembali mendahului perlawanan pada separuh kedua menerusi gol cantik Fornals.



Sorakan the Stadium London itu semakin kuat apabila pemain pertahanan, Kurt Zouma, menambah jaringan bagi West Ham hasil satu tendakan sudut.



Divock Origi kemudian merapatkan jurang dengan gol kedua Liverpool, namun West Ham berjaja menahan asakan pasukan Anfield itu dan mengakhiri perlawanan dengan selesa.



Dengan kemenangan tersebut, West Ham kini menduduki tangga ketiga dengan 23 mata manakala Liverpool pula di tangga keempat dengan 22 mata.



Mengulas perlawanan tersebut, Klopp berkata beliau kecewa pasukannya gagal mempertahankan rekod tanpa kalah mereka.



"Ia adalah peluang bagi kami memperkukuh kedudukan di persada liga...dalam liga yang amat kompetitif, ia penting untuk kami mengekalkan momentum permainan.



"Tapi syabas kepada West Ham yang menunjukkan daya saing dan kualiti yang tinggi," kata beliau.



Rakan sejawatannya, David Moyes, pula enggan para pemainnya terlalu "terbawa-bawa" dengan kejayaan itu.



"Ia adalah satu kemenangan penting menentang pasukan yang handal. Tapi para pemain harus sedar ia hanyalah satu perlawanan. Kami harus terus gigih bekerja keras di padang dan semasa latihan untuk mengekalkan kadar persembahan ini," kata beliau.



Dalam satu lagi perlawanan, pengurus baru Tottenham Hotspurs, Antonio Conte, berkata beliau gembira dengan "kesungguhan" yang dipamerkan pada pemainnya ketika seri 0-0 dengan Everton di Goodison Park.



"Saya tidak begitu gembira dengan keputusannya, tapi cara para pemain berjuang di padang memberi saya keyakinan bahawa Spurs boleh menikmati masa depan yang cerah," ujar beliau. - Agensi berita.




"Keputusan ini menunjukkan kami mempunyai peluang cerah untuk mencabar kedudukan teratas. Kami hampir tersingkir, kini kami memburu tempat untuk Eropah."
- Pengurus West Ham David Moyes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >